tabung kemanusian

Monday 9 June 2014

Bila aku ingin tahu....

Assalammualaikum...

Semalam ada la berbual dengan kawan2 opis masa time lunch.. pasai pengambilan anak angkat.. maklum la cek sendiri pun belum dikurniakan cahaya mata... InsyaAllah akan datang ada rezeki ada la zuriat cek InsyaAllah... kengkawan doakan tau moga2 cek dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ni.. aminnnn.... aikkk... sebelum tu... bukan cek k yg nak ambik anak angkat tp just sembang2.. N dalam sembang2 tu lah terkeluar pasai ANAK SUSUAN N WALI...

Alhamdulillah hari ni cek telah mendapat ilmu yg manfaat... ilmu mengenai :: 

BOLEHKAH AYAH SUSUAN MENJADI WALI KEPADA ANAK SUSUAN??????APA ITU ANAK SUSUAN ????:: Anak susuan ialah sebagai contoh saya mengambil anak angkat perempuan/lelaki (bukan dari saudara saya sendiri) yang berumur kurang daripada 2 tahun... saya telah memberinya penyusuan susu badan sepenuhnya  sehingga lebih dari 5 kali kenyang. Dengan itu, bayi tersebut telah menjadi anak susuan saya. 

BOLEHKAH SUAMI SAYA MENJADI WALI KEPADA ANAK SUSUAN KAMI????:: Jawapannya :- TIDAK BOLEH...kerana anak susuan tidak boleh di nasabkan keatas bapa susuan.. ertikata lain anak susuan bukanlah anak kandung darah daging sendiri.ini kerana syarat sah wali nasab ialah : perempuan yang bakal dikahwinkan, mereka itu adalah seperti,1)Bapa pengantin perempuan (Wali Akrab)2) Datuk sebelah bapa3) Saudara lelaki seibu sebapa4) Saudara lelaki sebapa5) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa6) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa7) Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa8) Bapa saudara dari pihak bapa sebapa9) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa10) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa11) Bapa saudara kepada bapa yang seibu sebapa12) Bapa saudara kepada bapa sebapaWali nasab adalah wali yang ada ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan pengantin


tetapi :: 

Anak susuan tidak terbatal air sembahyang dengan suami saya begitu jugak dengan anak lelaki,  saudara lelaki suami dan juga saudara lelaki saya.. ertikata lain batasan auratnya juga sama seperti anak perempuan saya.


Wallahu’alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya (and Allah knows the right)

Sunday 8 June 2014

Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro!

wow... amboi tajuknya... mcm best ja... jom kita skodeng tgk apa yg ada dlm buku ni...

-: Sipnosis :-

"Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to you..."

Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini... namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar menjadi...

"aku terima nikah Mira maira binti Amir..."

ketika dia menginjak usia 19 Tahun, MIRA MAIRA rasa binggung, Keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA HARUN. CEO  sebuah syarikat produk kecantikan.

Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan syarikat suami yang begitu sempurna? Sudah tentu jawapannya, Tidak!

"Kenapa kau buat aku terkejut" - ALIF HAZRIQ
"Sa.. saya cuma nak kejutkan awak bangun solat". - MIRA MAIRA
"Eh, kau ni banyak mulut juga, ya keding?" - ALIF HAZRIQ
Aku dia panggil keding? Eee.... Geramnya! saya tak kira, awak kena bangun juga. Kalau tak..." - MIRA MAIRA
"Kalau tak, kenapa pula? Kau nak... aku ke? - ALIF HAZRIQ

Bukan mudah untuk mengikat hati lelaki itu, apatah lagi mahu merebut daripada seseorang model dan duta kosmetik yang disayangi Alif Hazriq. DYNA, satu-satunya wanita yang menjadi pesaing hebat buat dirinya.

Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Dan jika itu takdir mereka.. berjayakah Alif Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira Seadanya?

Pengarang : Syima Syawal
Penerbitan  : Penulisan Enterprise
No. ISBN : 978-967-0567-13-6
Tahun Penerbitan : 2013

Bagi yang belum dapatkan sila la dapatkan... best novel ni... tapi maaf la cek baru ja baca... 
tahniah buat penulis..





Saturday 7 June 2014

JODOH ITU MILIK KITA...

Salam semua...

 amboi tajuk bukan main g kan... hihihihi sebenarnya yg tu tajuk novel yg cek baca..
novel ni dah lama di terbitkan tp cek yg baru berpeluang untuk baca....
mungkin dah ada yg mmbacanya..
mai kita tau serba skit mngenai novel ni...

Pengarang : Sara Aisha
Penerbitan : Karyaseni Sdn. Bhd.
Tahun Cetakan : 2013 
(yg ke-8 cetakan Wowww...tahniah to pengarang)
No. ISBN : 978-967-0246-14-7
Subject : Malay Fiction

jom kita usha sinopsis dia...

"kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkhawin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali..."

Siapa sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan ssuci tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang mengebu dalam hati, mahupun kasih yang membara tetapi kerana sikapmementingkan diri seseorang manusia bernama Syafiq.

"Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!! - Dahlia

"okeylah, okeylah. just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. she's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati ?" - Aariz Danial

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu...akan aku rampas sekejam mungkin" - Syafiq

Tatkala persoalan demi persoalan mula timbil di sebalik tulusnya seorang lelaki Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci.... iaitu abangnya sendiri?

jom dapatkan novel ini bagi yang sesiapa yang belum mendapatkannya lagi... bye cek nak hbiskan "study"... hihihihihihi...
jumpa lg nnt dengan buku lain...



Sunday 18 May 2014

Cek berkerja sebagai pembantu perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.. banyak pengalaman yg dapat dan merata bahagian dah depa letak... dr tingkat satu sampai la tingkat 3.. bukan tu aja kt luaq bgunan pun depa letak.. tp bukan koridor la...ni library cawangan Kuala Nerang library desa  Bukit Nambua pun penah..

 kt sini cek kawan ngan org kaya2 belaka...


 ada YB wan helmi... kira lepas ni sapa hak dok dun derga tu leh la p jumpa dia... 

YB Wan Helmi


yang ni lak geng niaga kak tanjung yg ni la juai kosmetik... sapa nak lawa jumpa la dia... 

kak tanjung

sapa lapaq jom kita g jumpa kak ni plak... kak kokis


Saturday 17 May 2014

Assalammualaikum...
hai semua.. amboi bukan main payah g aih cek nak mula buat blogspot ni... sampai 8 pc guna.. email toksah dok kata la dah 201 juta email dah reka... depa ni tak bg cek buat blog ni lakot noh... ishh depa ni la...





depa tak tau cek pun nak jadi retis mcm depa jugak... pasni asai balik kg ja msti org kampung pakat nak berselfie ngan cek lah...pasai pa???? pasaiiii....al  maklum la dah retis blog... bila bukak ja blog ni... hmm nak berangan jap jadi retis