tabung kemanusian

Monday 9 June 2014

Bila aku ingin tahu....

Assalammualaikum...

Semalam ada la berbual dengan kawan2 opis masa time lunch.. pasai pengambilan anak angkat.. maklum la cek sendiri pun belum dikurniakan cahaya mata... InsyaAllah akan datang ada rezeki ada la zuriat cek InsyaAllah... kengkawan doakan tau moga2 cek dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ni.. aminnnn.... aikkk... sebelum tu... bukan cek k yg nak ambik anak angkat tp just sembang2.. N dalam sembang2 tu lah terkeluar pasai ANAK SUSUAN N WALI...

Alhamdulillah hari ni cek telah mendapat ilmu yg manfaat... ilmu mengenai :: 

BOLEHKAH AYAH SUSUAN MENJADI WALI KEPADA ANAK SUSUAN??????APA ITU ANAK SUSUAN ????:: Anak susuan ialah sebagai contoh saya mengambil anak angkat perempuan/lelaki (bukan dari saudara saya sendiri) yang berumur kurang daripada 2 tahun... saya telah memberinya penyusuan susu badan sepenuhnya  sehingga lebih dari 5 kali kenyang. Dengan itu, bayi tersebut telah menjadi anak susuan saya. 

BOLEHKAH SUAMI SAYA MENJADI WALI KEPADA ANAK SUSUAN KAMI????:: Jawapannya :- TIDAK BOLEH...kerana anak susuan tidak boleh di nasabkan keatas bapa susuan.. ertikata lain anak susuan bukanlah anak kandung darah daging sendiri.ini kerana syarat sah wali nasab ialah : perempuan yang bakal dikahwinkan, mereka itu adalah seperti,1)Bapa pengantin perempuan (Wali Akrab)2) Datuk sebelah bapa3) Saudara lelaki seibu sebapa4) Saudara lelaki sebapa5) Anak lelaki kepada saudara lelaki seibu sebapa6) Anak lelaki kepada saudara lelaki sebapa7) Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa8) Bapa saudara dari pihak bapa sebapa9) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa10) Anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa11) Bapa saudara kepada bapa yang seibu sebapa12) Bapa saudara kepada bapa sebapaWali nasab adalah wali yang ada ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan pengantin


tetapi :: 

Anak susuan tidak terbatal air sembahyang dengan suami saya begitu jugak dengan anak lelaki,  saudara lelaki suami dan juga saudara lelaki saya.. ertikata lain batasan auratnya juga sama seperti anak perempuan saya.


Wallahu’alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب)
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya (and Allah knows the right)

No comments:

Post a Comment