tabung kemanusian

Sunday 8 June 2014

Jangan Pandang Sebelah Mata, Bro!

wow... amboi tajuknya... mcm best ja... jom kita skodeng tgk apa yg ada dlm buku ni...

-: Sipnosis :-

"Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to you..."

Andai lagu itu selalu dinyanyikan ketika majlis ulang tahunnya sebelum ini... namun berbeza tatkala irama dan lagunya bertukar menjadi...

"aku terima nikah Mira maira binti Amir..."

ketika dia menginjak usia 19 Tahun, MIRA MAIRA rasa binggung, Keliru dan pasrah. Dengan rasminya dia telah menjadi isteri kepada lelaki yang bernama ALIF HAZRIQ BIN DATO MUSTAFFA HARUN. CEO  sebuah syarikat produk kecantikan.

Adakah gadis sepertinya yang bertubuh kurus, berkulit hitam manis, hidungnya pula tidak mancung sepertimana model iklan syarikat suami yang begitu sempurna? Sudah tentu jawapannya, Tidak!

"Kenapa kau buat aku terkejut" - ALIF HAZRIQ
"Sa.. saya cuma nak kejutkan awak bangun solat". - MIRA MAIRA
"Eh, kau ni banyak mulut juga, ya keding?" - ALIF HAZRIQ
Aku dia panggil keding? Eee.... Geramnya! saya tak kira, awak kena bangun juga. Kalau tak..." - MIRA MAIRA
"Kalau tak, kenapa pula? Kau nak... aku ke? - ALIF HAZRIQ

Bukan mudah untuk mengikat hati lelaki itu, apatah lagi mahu merebut daripada seseorang model dan duta kosmetik yang disayangi Alif Hazriq. DYNA, satu-satunya wanita yang menjadi pesaing hebat buat dirinya.

Mampukah mereka melayari bahtera yang tiada arah tujuannya? Dan jika itu takdir mereka.. berjayakah Alif Hazriq membuang rasa egonya lalu menerima Mira Maira Seadanya?

Pengarang : Syima Syawal
Penerbitan  : Penulisan Enterprise
No. ISBN : 978-967-0567-13-6
Tahun Penerbitan : 2013

Bagi yang belum dapatkan sila la dapatkan... best novel ni... tapi maaf la cek baru ja baca... 
tahniah buat penulis..





No comments:

Post a Comment